Monday, 31 August 2015

Rezeki anak

Kata orang anak pembawa rezeki, Alhamdulillah mmg benar janji Allah, setiap anak dikurniakan rezeki tersendiri. Semenjak Ozil lahir, rezeki dtg mencurah-curah, rezeki dtg dari pelbagai bentuk, syukur. Baru- baru ni Ozil menang pertandingan baby and buddy contest anjuran Parkson, sangkut jugak consolation prize, hadiah berupa RM 1000 Voucher, lepas jugak untuk beli barang keperluan Ozil yang belom lengkap. Masa masuk contest tu tak terpikir pun akan menang tapi percaya kalau dah namanya rezeki tetap akan kita yang punya.


Ini lah gamba yang masuk bertanding, sama kan muka dia org? hehehe


Selain dari tu, Ozil ada jugak menang contest lain, dari insta shop, gamba gamba yang menang ialah


Hadiah ada yang belom di redeem, mcm hadiah free print gambar kanvas, mmg sengaja tak nak redeem dulu, sebab nak tunggu gamba yang best baru la redeem :p

Apa apa pun lepas ni, nak begiat aktif dalam contest la, nak menang grand prize kereta ke, percutian punya pakej ke...hehehe, insyaAllah kalau rezeki takkan ke mana.


Sunday, 30 August 2015

Petua menghilangkan selsema kahak pada bayi~

Semenjak jadi mak, masa memang sangat terhad, jadi blog agak bersawang and semenjak jadi mak macam-macam petua yang saya belajar. Di antara petua yang saya gunakan dan berkesan ialah menggunakan bawang putih.

Cara-caranya ialah, bawang putih bakarkan bersama kulit sampai kelua minyak. Bila dah keluar minyak gaul dengan apa-apa minyak ( contoh minyak masak/zaitun/vco) dan sapukan pada kaki, belakang atau dada anak. InsyaAllah anak akan segera sembuh.

Selain dari tu, bawang putih boleh juga ditumbuk dan dimasukkan di dalam stocking anak, tapi jgn letak direct ya! nanti melecur pulak kaki anak, terutama sekali bayi kerana kulit mereka yang nipis. Letakan di dalam stocking, dan pakaikan selapis lagi stocking bagi mengelakkan tapak kaki anak melecur. 

Jadi, tunggu apa lagi boleh lah guna petua tradisional yang mudah, murah dan selamat untuk bayi kesayangan anda! 

Selamat Mencuba!