Sunday, 30 August 2015

Petua menghilangkan selsema kahak pada bayi~

Semenjak jadi mak, masa memang sangat terhad, jadi blog agak bersawang and semenjak jadi mak macam-macam petua yang saya belajar. Di antara petua yang saya gunakan dan berkesan ialah menggunakan bawang putih.

Cara-caranya ialah, bawang putih bakarkan bersama kulit sampai kelua minyak. Bila dah keluar minyak gaul dengan apa-apa minyak ( contoh minyak masak/zaitun/vco) dan sapukan pada kaki, belakang atau dada anak. InsyaAllah anak akan segera sembuh.

Selain dari tu, bawang putih boleh juga ditumbuk dan dimasukkan di dalam stocking anak, tapi jgn letak direct ya! nanti melecur pulak kaki anak, terutama sekali bayi kerana kulit mereka yang nipis. Letakan di dalam stocking, dan pakaikan selapis lagi stocking bagi mengelakkan tapak kaki anak melecur. 

Jadi, tunggu apa lagi boleh lah guna petua tradisional yang mudah, murah dan selamat untuk bayi kesayangan anda! 

Selamat Mencuba!








No comments:

Post a Comment